Khamis, 11 Februari 2016

Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir (Pengasas Kumpulan Syarikat Perniagaan Sapura)

Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir adalah Merupakan Syarikat Perniagaan Pengerusi Sapura telecommunication Berhad. Dikalangan Usahawan Malaysia , Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir adalah usahawan Bumiputera yang menyerlah dengan falsafah pengurusannya yang berhemah tinggi.

DIPERKECILKAN SEWAKTU DI USIA MUDA:

Pada mulanya,Tan Sri Shamsuddin menghadapi masalah dalam subjek B. Inggeris dan beliau sering diperkecilkan oleh Guru B. Inggerisnya yang mengatakan beliau tidak akan berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, Tan Sri Shamsuddin berjaya menjadi pelajar Melayu yang mendapat Gred 1 dalam Cambridge School Certificate. Bagi bahagian esei bahasa inggeris , beliau menulis berkenaan kehidupannya dan harapan ayahnya supaya melihat nya berjaya walaupun bapanya hanya seorang pemandu. Di Victoria Institution, beliau berjaya menjadi pelajar cemerlang walaupun dalam keadaannya yang terpaksa bekerja sambilan sebagai kedi di Kelab Golf Diraja Selangor.


Bertahun-tahun kemudian....Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir kembali ke sekolahnya bersama beberapa orang kawannya. Beliau telah terserempak dengan Bekas Guru Bahasa Inggerisnya, gurunya berasa terkejut apabila Beliau memberitahu beliau sudah Berjaya menjadi Penolong Penguasa Pentadbiran di Telekom. Selepas beberapa lama di Telekom beliau bekerja dengan UMW sehingga Tahun 1975.





PENUBUHAN BEBERAPA SYARIKAT PERNIAGAAN OLEH TAN SRI SHAMSUDDIN  ABDUL KADIR:


1) MENUBUHKAN SYARIKAT SAPURA:

Selepas Tamat Persekolahan, Beliau membuat keputusan untuk Menubuhkan Syarikat dan menamakan Syarikatnya Sapura. Nama Sapura diambil daripada nama isterinya Puan Sri Datin Siti Sapura Binti Hussin. Syarikat penubuhan Sapura pada awalnya bermula dengan hanya enam orang pekerja yang menumpukan pada sektor Telekomunikasi. Kini, Syarikat Sapura mempunyai seramai 2 200 orang pekerja.


2) MENUBUHKAN SYARIKAT TELEDATA:

Pada 5 Mei 1976, Tan Sri Shamsuddin mengasaskan sebuah lagi Syarikat Telekomunikasi. Iaitu Syarikat yang bernama Teledata bersama dengan Neo Kim Thuay. Syarikat Teledata ditubuhkan bagi mendapatkan peluang perniagaan dalam Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Singapura.

Syarikat Teledata bermula dengan hanya Empat orang pekerja dan produk utama mereka adalah Produk Suara seperti PABXs. Kini, Teledata mempunyai lebih daripada 300 orang pekerja dan membekalkan perkhidmatan pengurusan rangkaian Telekomunikasi kepada pasaran Serantau dan pasaran Tempatan.




KERJASAMA PERNIAGAAN TAN SRI SHAMSUDDIN ABDUL KADIR:

Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir melalui Syarikatnya Sapura memunyai Hubungan Kerjasama dengan Kumpulan JohnWoods, Offshore Rentals Ltd , AVT Ltd , Microsoft , EDS , Panasonic , ODS , Kumpulan DSC , Kantech , Tomen , Cisco , New-bridge , Intel , Alcatel , Fore Systems , Marconi , Harris , Johnson Controls , Ernitec , HP , Pelco , Cardkey Sys Inc , 3 Com , Lucent , dan Accton.



1) Pelanggan Terbesar Sapura ( Syarikat Tenaga ):

Petronas , Shell dan TNB.

2) Pelanggan Terbesar Sapura ( Syarikat Pengangkutan ):

WestPort , DCA , MAS , KLIAB , dan Johor Port

3)Pelanggan Terbesar Sapura ( Bank ):

Arab Malaysian Berhad , Maybank , RHB , dan Multi-purpose.

4)Pelanggan Terbesar Sapura ( Syarikat Permotoran ):

Perodua , EON , dan USPD

5)Pelanggan Terbesar Sapura ( Hospitaliti ):

Shangri - La , Hyatt , Ritz Carlton , Hilton , dan American Express




TAN SRI HAMDAN MOHAMMAD (Syarikat Kejuruteraan Ranhill Berhad)

Tan Sri Hamdan Mohamad adalah Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif (CEO) Syarikat Ranhill Berhad. Beliau berpendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam) dari Universiti of Western Australia dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sains Lanjutan Struktur Konkrit dari Imperial College of Science and Technology London United Kingdom.

Beliau dikenali di dalam dunia perniagaan sebagai Usahawan yang cepat naik. Beliau berjaya mentransformasikan Ranhill Berhad daripada hanya menyediakan khidmat perundangan kepada syarikat kejuruteraan Bumiputera yang menyerlah di Malaysia.

Tan Sri Hamdan Mohamad kini menguasai 59.1 peratus kepentingan dalam Ranhill Berhad. Beliau juga adalah pemegang saham yang memiliki keentingan mengawal dalam syarikat Lambang Optima Sdn Bhd,,,syarikat yang dianugerahkan kontrak penswastaan Syarikat Air Johor Sdn Bhd.



SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT RANHILL BERHAD:

- Ranhill Berhad ditubuhkan oleh Rankine dan Hill dari Australia pada tahun 1973 sebagai perkongsian bagi menjalankan kerja -kerja Elektrikal dan Mekanikal.

 -   Pada Tahun 1981, Ranhill Flour Daniel ditubuhkan sebagai usaha sama dengan Flour Daniel Inc. dari Amerika Syarikat bagi menjalankan kerja-kerja Minyak,Gas dan Petrokimia.

 -  Pada Tahun 1995, Ranhill Worley Engineering ditubuhkan sebagai usaha sama diantara Ranhill dan Worley Ltd. dari Australia.

 -  Pada Tahun 1999, Ranhill membeli Babcock K-W Sdn Bhd, yang kemudiannya dinamakan sebagai Ranhill Engineers and Construction Sdn Bhd

-  Pada Tahun 2000, Lembaga Pengarah Ranhill bersetuju bagi Menubuhkan Kumpulan Ranhill. Seterusnya, pada Tahun 2001, Ranhill Berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan namanya ditukar kepada Ranhill Berhad.

-  Pada Tahun 2002, MediGlobal Malaysia Sdn Bhd ditubuhkan sebagai anak syarikat Kumpulan Ranhill.

-  Pada Tahun 2003, Ranhill Berhad membeli beberapa buah syarikat tenaga seperti Powertron Resources Sdn Bhd , Penjanaan EPE-Time Sdn Bhd , dan juga syarikat Jurus Global Sdn Bhd yg sekarang dikenali sebagai Ranhill Energy Sdn Bhd.

-   Pada Tahun 2004, EPE Power Corporation dibeli oleh Ranhill Berhad. Ranhill kini sedang mengendalikan pelbagai Projek dengan nilai sebanyak RM 3 Billion dan menyerahkan Tender dengan nilai lebih RM 12 Billion di dalam dan luar negara.









Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar (Usahawan Hartanah Billionare MK Land Holdings Berhad)

Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Esekutif , MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan Hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.
    Asalnya MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn Bhd yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka.

   Selepas penyenaraiannya di BSKL , ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.



MENJUAL SAHAM SYARIKAT:

Pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Marking Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan Harga RM 6,739,674.

Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha Kamal bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya ada embangunan Hartanah dan pelaburan.


JENIS-JENIS PERNIAGAAN YG DIJALANKAN:

Selain pembangunan Hartanah, MK Land Holdings Berhad juga melibatkan diri dalam operasi Hotel , operasi tempat peranginan , operasi Taman Tema , perkhidmatan penyelenggaraan harta dan bidang pelaburan.

Isnin, 1 Februari 2016

BIOGRAFI HARTAWAN MELAYU ISLAM: TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

TAN SRI SYED MOKHTAR AL - BUKHARY


Latarbelakang Ringkas Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary
– Tahun lahir : 1951
– Pendidikan: SPM
– Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
– Kekayaan: AS$1,700 juta
– Ke 8 terkaya di Malaysia
– Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
– Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
– Kereta: Proton Perdana

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Tan Sri yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang singkat.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.


– Sumbangan sosial :

Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

TUNKU TAN SRI ABDULLAH TUANKU ABDUL RAHMAN - Usahawan Diraja ( MAA Holdings Berhad )

Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman adalah Pengerusi kepada MAA Holdings Berhad. Beliau merupakan kerabat Diraja Negeri Sembilan.

Beliau banyak membantu dalam pengurusan Kumpulan Melewar Berhad, syarikat yang dikuasai oleh kerabat Diraja Negeri Sembilan yang terlibat pelbagai sektor bidang perniagaan.


LATAR BELAKANG SYARIKAT MAA HOLDINGS BERHAD:

MAA Holdings adalah sebuah Syarikat Insurans yang ditubuhkan pada 2 september 1968 dan berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) pada Disember 1970.
     Kini , MAA adalah antara Syarikat insurans yang terbesar di Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans. MAA kini mempunyai seramai 1 100 orang pekerja dan 22 000 orang Ejen.


PENGLIBATAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN:

Sebelum bergiat dalam Dunia perniagaan, Tunku Tan Sri Abdullah pernah berkhidmat dengan sektor Awam. Kemudian pada Tahun 1963, beliau meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaannya sendiri. Perniagaan pertama Tunku Tan Sri Abdullah adalah perniagaan pengadunan minuman dan Operasi membotolkan minuman.

Beliau kemudiannya memulakan Syarikat pembinaan. Kedua-dua Projek itu adalah usaha sama dengan Syarikat Asing. Tunku Tan Sri Abdullah juga pernah menjalankan perniagaan penyelenggaraan peralatan ketenteraan dan perniagaan itu yang menjadikan beliau Jutawan pada tahun 1964.

KEPENTINGAN TUNKU TAN SRI ABDULLAH DALAM MAA HOLDINGS:

Tunku Tan Sri Abdullah kini mempunyai kepentingan tidak langsung dalam MAA Holdings Berhad, iaitu dengan pegangan sebanyak 34.8 peratus. Ia berlaku apabila Kumpulan Melewar membeli Malaysian American Assurance Berhad daripada hasil jualan pegangan mereka dalam MBF Holdings pada pertengahan tahun 80-an. Namanya kemudian ditukar kepada Malaysian Assurance Alliance Berhad atau MAA.

Kumpulan Melewar adalah Sebuah Syarikat yang Berjaya dengan mempunyai 40 buah anak syarikat dan perniagaan mereka merangkumi banyak sektor, antaranya adalah perkhidmatan kewangan, pelancongan, pembinaan, pembekalan, dan hiburan.






Ahad, 31 Januari 2016

Blogspot Cerita Usahawan Berjaya Menghimpunkan Kejayaan-kejayaan Usahawan yang Berjaya - pemilik Azwan D.H

Bismillahhirahmanirrahim................
Dengan Nama Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah dengan keiizinan Tuhan pada 31 Januari saya dapat melahirkan sebuah Blogspot ini. 'Blogspot Cerita Usahawan Berjaya' ini diwujudkan bagi Menghimpunkan kisah-kisah kejayaan kehidupan Golongan para usahawan yang Berjaya didalam Dunia perniagaan.. Bagaimana Cerita mereka , perjalanan pahit getir mereka , susah dan senang mereka dan bagaimana mereka membina Empayar sehingga mereka menjadi Usahawan yang Berjaya.Oleh kerana Minatnya saya membaca cerita-cerita mereka dan  mengumpul semua Biografi-biografi mereka :) jadi saya  meletakkan ia kedalam Blogspot simpanan saya ini.

Semoga dengan Barokah Tuhan, kesemua 'kisah-kisah kejayaan Usahawan yang Berjaya' ini dapat memberi Motivasi-motivasi yang baik kepada kita dan dapat dijadikan sumber inspirasi untuk kita di Masa Hadapan. Amin yarabbal 'amin.