Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman adalah Pengerusi kepada MAA Holdings Berhad. Beliau merupakan kerabat Diraja Negeri Sembilan.
Beliau banyak membantu dalam pengurusan Kumpulan Melewar Berhad, syarikat yang dikuasai oleh kerabat Diraja Negeri Sembilan yang terlibat pelbagai sektor bidang perniagaan.
LATAR BELAKANG SYARIKAT MAA HOLDINGS BERHAD:
MAA Holdings adalah sebuah Syarikat Insurans yang ditubuhkan pada 2 september 1968 dan berjaya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) pada Disember 1970.
Kini , MAA adalah antara Syarikat insurans yang terbesar di Malaysia dengan visi bagi memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans. MAA kini mempunyai seramai 1 100 orang pekerja dan 22 000 orang Ejen.
PENGLIBATAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN:
Sebelum bergiat dalam Dunia perniagaan, Tunku Tan Sri Abdullah pernah berkhidmat dengan sektor Awam. Kemudian pada Tahun 1963, beliau meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaannya sendiri. Perniagaan pertama Tunku Tan Sri Abdullah adalah perniagaan pengadunan minuman dan Operasi membotolkan minuman.
Beliau kemudiannya memulakan Syarikat pembinaan. Kedua-dua Projek itu adalah usaha sama dengan Syarikat Asing. Tunku Tan Sri Abdullah juga pernah menjalankan perniagaan penyelenggaraan peralatan ketenteraan dan perniagaan itu yang menjadikan beliau Jutawan pada tahun 1964.
KEPENTINGAN TUNKU TAN SRI ABDULLAH DALAM MAA HOLDINGS:
Tunku Tan Sri Abdullah kini mempunyai kepentingan tidak langsung dalam MAA Holdings Berhad, iaitu dengan pegangan sebanyak 34.8 peratus. Ia berlaku apabila Kumpulan Melewar membeli Malaysian American Assurance Berhad daripada hasil jualan pegangan mereka dalam MBF Holdings pada pertengahan tahun 80-an. Namanya kemudian ditukar kepada Malaysian Assurance Alliance Berhad atau MAA.
Kumpulan Melewar adalah Sebuah Syarikat yang Berjaya dengan mempunyai 40 buah anak syarikat dan perniagaan mereka merangkumi banyak sektor, antaranya adalah perkhidmatan kewangan, pelancongan, pembinaan, pembekalan, dan hiburan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan